November And December Haul

12/29/2016


Hi there readers! Macam lama sangat tak update blog. Kali ni farah gabung November dan December Haul sebab taktahu nak post apa. Lagipun excited nak share barang yang farah beli sebab puas hati sangat bila dapat. Itu pun kena marah dengan mama sebab selalu sangat order online hihi dah suka barang tu nak buat macam mana kan? Belasah beli ja lah tunggu apa lagi. Okay jom mula dengan November Haul dulu!


Baju ni memang farah minat lama dah tapi tak beli-beli lagi tapi akhirnya dapat jugak. Yang ni tak beli dengan duit farah kakak yang belanja :D baju ni memang selesa sangat sebab kainnya lembut dan tak panas. Memang sesuai untuk outdoor activities. Bahagian lengan pulak panjangnya tiga suku. Memang puas hati sangat bila buka parcel dan dapat rasa tekstur kain yang best! Nak tahu farah beli dekat mana? Nama igshop tu Marsmodemy. Farah selalu beli outfit atau phone case sebab cantik-cantik. Bukan setakat tu ja, jam dan barang lain pun ada tau, pergilah cuci mata dekat igshop tu ok.

Barang yang kedua pun baju sebab farah tak pernah rasa baju farah cukup hahaha.


Ini dia baju yang kedua. Baju ni agak pelik di bahagian bawah tapi farah tetap beli sebab entahlah terjatuh hati pulak dekat baju ni dan farah namakan baju Tarzan (HAHA!) sebab pelik sikit potongan bahagian bawah dia. Baju ni pun selesa dipakai dan farah selalu match dengan long cardigan warna hitam dan black jeans. Baju ni pun farah beli di instagram jugak iaitu di instagram Glittery Daisyy. Memang dari dulu farah selalu beli dekat igshop ni sebab banyak sangat pilihan yang ada. Tempoh untuk dapat parcel adalah 2 minggu, sama jugak dengan igshop yang farah mention dekat atas sebab barang yang dijual bukan ready stock.

Next is ZALORA!


Bungkusan besar sebenarnya barang ciput ja dalam tu. Sebenarnya farah tak beli barang ni, farah dapat voucher RM50 daripada Zalora sebab berkolaborasi haritu melalui blog. Farah taktahu nak pilih barang apa memandangkan kena beli barang keluaran Zalora sahaja jenama lain enggak bisa kok. Jadi pilih lah sampai beberapa hari akhirnya farah pilih nak beli jam.


Ini dia jam tu. Jam ni ada moon phases yang nampak unik sebab tu farah beli. Lagi pun farah beli sebab ada voucher bukan sebab nak beli pun sebab tak banyak pilihan memandangkan hanya boleh pilih keluaran Zalora yang harga RM50 dan ke bawah. Harap-harap tak cepat rosaklah jam ni walaupun agak pening nak tengok pukul berapa hahaha.

Barang terakhir untuk November Haul ini adalah April Skin Magic Snow Cushion. Produk ni kakak farah yang bagi, katanya dia tak sesuai dan dia baru beli lagi jadi boleh dikira haul lah eh? :P


Farah tak pernah lagi pakai bila keluar sebab farah pernah try kat rumah putih dia mak aih macam korean takut nanti terlampau putih sangat tapi insyaAllah farah akan try pakai nanti and tengok apa hasilnya dekat muka. Tekstur dia sejuk dan boleh melembabkan muka. Kalau ada yang pernah cuba tu kongsilah macam mana rasa bila pakai ni sebab farah tak berani nak pakai terlampau putih ni nanti tangan beza dengan muka pulak hahaha.

Okay sekarang the most interesting part is December Haul! Untuk bulan Disember ni farah beli make up dan eye cream sahaja. Let's get started!


Semenjak dua menjak ni farah agak stress dengan dark circles bawah mata ni sebab farah selalu tidur lambat, internet burung hantu punya pasal. Jadi lepas dah cari beberapa reviews untuk produk Clinelle ni dan ramai yang cakap bagus, farah ambil keputusan untuk beli Clinelle Eye Bright ni. Farah suka produk ni sebab bila pakai tak rasa melekit langsung dan tekstur dia sangat sangat ringan dan cair. Senang serap dalam kulit dan tak berminyak. Walaupun farah pakai ni farah still tidur lambat jadi apa function? hahaha. Susah betul nak tidur awal haih.

Hampir terlupa nak bagitau farah dapat eye shadows pallette dan 2 lip gloss percuma jenama Averine bila beli Clinelle ni. Farah pun terkejut bila buka kotak tengok ada disediakan dalam uncang set make up tu, hati pun melonjak kegirangan hahaha.


Ini dia free gift tu. Harga asal eye shadow tu RM180 di Lazada dan lip gloss tu pulak RM79 each kalau tak silap. Terkejut jugak bila tengok harga sebab takkanlah barang mahal macam tu nak bagi free gift kan? Lepas tu mama cakap mungkin nak tarikh luput atau stok lama jadi mama cakap baik tak payah pakai tapi farah sayang sebab warna eye shadow menarik jadi simpan ja lah taktau bila nak pakai. Lip gloss tu pulak sangat shiny dan banyak glitters. Bila farah basuh pun glitters tu still ada dan tekstur lip gloss sangat melekit dan farah tak berapa suka, Mungkin ada orang suka yang jenis cair tapi farah lebih suka tektur yang agak kering.

Next is Matte Eyeshadow Pallete. Dah lama sebenarnya farah cari eye shadow pallete yang warnanya semua matte sebab yang farah ada sebelum ni semua merelip relap orang penang cakap. Ini dia pallete kesayangan


Semua warna 100% matte. Harga pallete ni sangat sangat murah (tapi lupa berapa) sesuai untuk beginner macam farah ni. Farah beli ni di Lazada. Sebelum beli make up ni farah akan pastikan ada banyak reviews pasal produk yang farah nak beli ni dan pastikan semuanya review yang bagus. Kalau ada lima pujian dan satu cakap tak okay farah tak akan beli sebab takut benda lain pulak yang jadi bila pakai. Untuk pallete ni ada hampir 30 reviews dan semuanya berpuas hati dengan pallete ni. Lepas dah baca reviews tu barulah yakin nak beli. Memang farah pun puas hati sangat sangat sebab warna semua matte dan menarik. Paling penting eye shadow tu tak pecah dan berdebu sebab memang dibalut dengan tebal. Jadi farah bagi 5 bintang!

Kalau dah ada eye shadow mestilah kena ada brush set kan? Ini dia brush idaman farah dah target dari bulan 1 sebab farah dah azam lepas SPM baru nak ber'make up' lebih advance. Sebenarnya ada banyak pilihan ada set7 batang, 12 batang dan lain-lain. Farah beli 7 dahulu sebab farah beginner kan, buat apa beli banyak-banyak.


Warna dia sangatlah memukau sebab tu farah pilih warna ni. Brush set ni pun farah beli di Lazada. Bulu pun lembut macam pegang kucing. Memang puas hati sangat. Alhamdulillah produk-produk yang farah beli so far sangat memuaskan.

Banyak lagi sebenarnya barang yang farah beli online cuma sebelum ni tak terfikir nak buat haul ni tapi memandang nak akhir tahun dan dah lama tak update post baru, jadi farah buat lah. Harap-harap yang membaca tu mempunyai azam 2017 iaitu beli barang online banyak-banyak hahaha. Biar rambang mata nak pilih mana satu.

Jadi sampai sini saja post untuk kali ni. Next haul kena tunggu tahun depan pulak. Thanks for reading! Bye.

You Might Also Like

3 comments

  1. April skin tu memang best and tahan lama.. Kalau rasa putih sangat, tepek je bedak biasa bg nampak gelap sikit.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh okay lepas ni nak try lah :D thanks!

      Delete
  2. Yes2 akak pun cadangkan guna bedak compact yang gelap sikit sb April Skin tu cerah. Tak pun bronzer, hehe. I like the one from Catrice. Nice haul! Loving the eyeshadow palette, brushes tu pun not bad, heard a lot of good reviews, semua kata lembut. :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete